Selasa, 15 Mei 2012

Kesian Dia...!!!

Views Jam dah menunjukkan pukul 1.22 pagi, nampaknya mata belum bersedia lagi untuk tidur. Tengah layan pesbuk lagi sambil tu taip2 sikit kat blog...bukanya ada benda yang menarik pun untuk aku paparkan disini, cuma untuk menghilangkan rasa bosan. 


Pagi tadi temankan orang rumah pergi klinik kerajaan, nak mintak cek dengan doktor sebab badan dah sakit sangat...katanya tak boleh tahan. Kesian jugak aku lihat dia menahan sakit...

Aku cuba bawak anak aku sekali sebab anak akupun tengah demam dan selesma, tapi dia taknak...aku tau dia memang tak kan pergi sebab di benci bau klinik dan hospital...tak suka katanya...


Dah mintak cek semuanya dengan doktor siap ambil darah lagi tapi apa ubat yang diberi korang nak tau tak..??? biasa la, paracetamol dan ubat pening...kata doktor tu keadaan cuaca tak menentu sebab itu la badan orang rumah aku lemah dan sakit...aikk...pelik jugak aku, cuaca tak menentu apa kaitan dengan sakit orang rumah aku...???


Mungkin badan dia terlalu lemah sebab terlalu banyak berkerja kot...tak tau la aku...ye la...sakit atau sihat semua tu dah ditentukan oleh ALLAH...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

0 ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Sila tinggalkan Komen Anda Disini...!!!

/> /> />