Perit....tapi itu l h kenyataan yang terjadi keatas diriku. Walaupun susah untuk aku terima tapi itu lah rialiti yang terpaksa aku terima walau pahit sekali pun.
Tanggal 18 hb november 2014, merupakan detik pahit dalam hidupku apabila mengetahui kebenaran dalam semua soalanku.
Rupanya tak sia-sia aku memasang recorder tu dan pada malam itu terjawab semuanya...tapi kenapa..kenapa dia tidak mengakuinya?? Tidak adakah sedikit rasa bersalah pada dirinya??
Dan pada saat itu hatiku hancur bagai kaca berderai jaduh dilantai..
Memang betul kata orang..bila kita kehilangannya baru terasa kekesalan kerana mengabaikannya...ya, aku mengaku memang selama ini aku selalu mengabaikannya, tidak mengendahkan hati dan perasaannya...tidak memenuhi segala kemahuannya..tapi apakan daya..aku berkerja makan gaji sahaja, mana mungkin aku dapat tunaikan kemahuannya...dan disebabkan itu jugalah dia berubah hati...
Ayang...kalau suatu hari kau membaca coretanku ini, maafkan lah aku kerana selama perjahwinan kita selama 17 tahun ini ayang betul- betul terseksa dan maafkan lah aku kerana menjadi seorang suami yang tidak memahami hati dan perasaanmu..aku selalu memperkecilkanmu...selalu mebgabaikan mu...tapi kau perlu ingat aku tak pernah menduakan ayang...dari mula sampai sekarang aku masih berpegang pada janji yang telah aku buat 17 tahun dulu..
Ayang kalau ini lah takdir antara kita berdua, aku dah tak boleh buat apa lagi..aku pasrah dengan ketentuanNya..tapi ingat ayang..tiada wanita lain selain ayang yang amat aku sayangi dan tak akan mungkin dapat menggantikaan ayang...
Ayang...janganlah ayang berfikir aku meminta simpati dengan coretan ini..tidak ayang..aku cuma ingin ayang tahu bahawa aku amat-amat menyintai ayang dan bukan simpati seperti apa yang ayang katakan dulu...
Bila suatu hari jodoh kita sudah tiada lagi, aku harap kau berbahagia dengan pilihanmu....tak perlu lah ayang ingat saat-saat kita bersama dahulu kerana tidak ada kenangan yang manis untuk di ingati....
Aku sentiasa mendoakan kau ayang....
0 ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum
Sila tinggalkan Komen Anda Disini...!!!