Setelah beberapa hari BR1M mula diagihkan baru tergerak hati untuk ke bank untuk mengeluarkan bantuan kerajaan yang diberikan untuk rakyat. Tahun ni senang sikit sebab tak payah lagi beratur untuk menerima voucer bantuan tersebut.
Tapi malang sekali apabila pihak bank telah memaklumkan bahawa akaun tersebut telah tutup kerana telah sekian lama tidak ada transaksi dilakukan. Sejak kejadian duit hilang di bank tersebut saya telah memindahkan semua duit yang ada kat dalam bank tersebut ke bank lain.
Pagi tadi saya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memeriksa status bantuan saya itu sebab takut mereka telah memasukkan duit bantuan tersebut ke dalam akaun bank yang tidak aktif. Keadaan dalam pejabat LHDN sangat sesak dikerumuni orang ramai yang ingin bertanyakan status bantuan mereka memandangkan duit bantuan masih belum dimasukkan dalam akaun bank
.
yang tidak aktif, saya terpaksa menunggu beberapa hari lagi untuk menerima bantuan itu melalui voucer.
Mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan voucer, jadi kena tunggu surat datang ke peti surat la ceritanya.....
0 ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum
Sila tinggalkan Komen Anda Disini...!!!