Pages

Rabu, 9 Mei 2012

Dah La Sakit..Kena Marah Lagi...!!

Views Kesakitan yang tak tertahan olehku membuatkan aku terpaksa pergi gak berjumpa dengan doktor..
Seawal jam 7 pagi selepas sahaja menghantar anak pergi kesekolah aku terus pergi ke klinik di sekitar tempat tinggal aku ni..

Haaaa....eh tak...aku bukan nak citer pasal sakit yang aku hadapi ni, tapi sikap kakitangan kat klinik tu. 
Sampai saja kat klinik tu aku terus ke pintu masuk utama tapi sayang pintu masih bertutup. Kat tepi sebelah kanan ade pintu kecil sedang sesak orang beratur...haaa...rupa2nya kat situ nak ambil nombor..kedengaran bunyi suara seseorang seperti sedang bertengkar...dah agak dah ni mesti sekuriti yang bertugas kat situ..


Kalau cakap elok2 takpe la ni kasar semacam je..kite dah la sakit pastu dapat layanan macam tu pulak...Tiba giliran aku untuk ambil nombor dan ini yang aku dapat.."apa sakit..??  "nak jumpa doktor nak mintak cek."
"ya la, tau tapi apa sakit"(dengan nada yang tinggi dan kurang ajar)..


Aku macam nak lempang je abang sekuriti tu...tak tahula nape die macam tu, mungkin tensen kot. Kalau dah tak suka keje sekuriti ni baik carik keje lain..ni baru sekuriti belum staff klinik tu lagi. Malas nak citer keburukan orang lain, kalau nak tahu pi la kat klinik area Jinjang tu, korang mesti terkejut dengan layanannya...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

0 ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Sila tinggalkan Komen Anda Disini...!!!

/> /> />