Pages

Rabu, 30 Mei 2012

huh..!!!! "LEMBAB"!!!

Views
Ape..!!! 'LEMBAB'
Agak-agak la sis...kata pepatah melayu makan boleh sebarang makan..cakap jangan sebarang cakap..
Walaupun ayat simple je tu tapi mendalam kesannya..ingat sikit la aku pun ade hati dan perasaan...jangan main sembur je..come on la sis, korang tu dah tinggi level pun masih tak pro ke..?? mase korang ikut team building ke atau ape2 training takde ke dorang ajar macam mane nak berkomunikasi dengan baik dengan orang bawahan...??


Korang mesti ingat, takde kite orang ni takan jalan keje semua tu...nasib baik aku ni jenis yang tak suke bersuara kalau orang lain macam si 'tuttt' tu mesti kene maki..
Sedar la sikit sis...kite keje dalam satu department dan memerlukan antara satu sama lain kalau macam ni la cara cakap sis...macam mane orang bawahan nak kerja dengan baik...kualiti kerja takde la..

Tapi aku taknak ambil kisah sangat sebab aku kerja ikhlas...kerja kan tu satu ibadah....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Selasa, 29 Mei 2012

Tak de hadiah di hari perkakahwinan mu...

Views

Esok dah 30hb, lusa adik aku dah nak kawen. Nampaknya aku tak dapat nak balik tengok dia kawen...sedih...dah la hari tu adik aku sorang tu kawen aku tak datang kali ni adik pompuan aku kawen aku tak dapat datang jugak...


Sorryla...bukan taknak datang tapi banyak sangat masalah sampai tak dapat nak datang..Dah janji tapi tak dapat nak kotakan janji...hadiah pun takde ni nak bagi, tentu dia kecik hati kan....


Pelik kan..satu-satunya adik pompuan aku tapi tak dapat datang di hari perkahwinan die....





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Isnin, 28 Mei 2012

Tabung Ahmad Sufi : Bantuan kita diperlukan mereka ..

Views Tolong war warkan...Terima Kasih..






Nama baby ni AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI
Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.
Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR.
Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana. 
BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201
Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Ahad, 27 Mei 2012

Lif Oh Lif...!!!

Views Mencemaskan..itu yang dapat digambarkan dalam kejadian lif rosak petang tadi.
Nasib baik lambat sikit kalau tak mesti dah naik lif tu..


Sejak kebelakangan ni sering saja lif tu rosak, membahayakan keselamatan penghuni kat sini...cuba bayangkan kalau kanak-kanak yang tersekat kat dalam tu,,?? dah la ruang dalam tu sempit, mesti sesak nafas kan..



Hati berdebar-debar takut kalau-kalau orang yang tersekat kat dalam lif tu anak aku sebab die dah keluar bermain.




Apa-apa pun dia harapkan pihak berwajib sila lah ambil tindakan, jangan nanti ada yang dah mati baru nak bertindak..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Selasa, 22 Mei 2012

malu aku...

Views Sedang asyik layan tenet, tetiba orang rumah aku datang dekat aku. Senyum2 kambing...kelihatan anak sulung aku tergelak2 kat luar..

Aku tak menghiraukan sangat sebab sedang asyik baca kosmo online..orang rumah yang duduk sebelah aku cuba mengalihkan pandangan aku pada sesuatu....aku turutkan juga...haaaaaaa....alangkah terkejutnya aku, benda tu dah lama hilang entah mane aku campak dulu. Macam mana boleh terlepas kat anak aku..eeee..malunya aku..



Patutla kat luar tu gelak tak habis-habis..rupa2nya sedang baca diari aku masa aku muda2 dulu, masa aku tangkap cintan dengan orang rumah aku....semua aku tulis kat dalam tu..macam mana boleh terlepas ni..
Sesekali orang rumah aku baca ayat dalam diari tu, kalau perlahan takpe ni kuat pulak...malu aku...

Malunya....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI CIKGU...

Views Terkenang zaman persekolahan dulu2, pahit manis semua ade...pendek kata zaman tu la zaman kegemilangan, seronok menikmati hidup sebab masalah belum lagi menimpa...maklumlah semua benda ibu bapa yang setel kan...betol tak..???


Aku masih ingat lagi kalau kerja rumah tak siap macam2 lah alasan tak nak pegi sekolah sebab takut kena rotan cikgu...buat2 sakit perot pastu muntah2...padahal tu semua trick je tu....


Seteruk2 kesalahan yang pernah aku buat kat sekolah dulu ponteng kelas je, tu pun kelas english sebab takreti nak cakap omputih...lagi pun cikgu selalu soal aku dengan soalan english.


Kalau nak citer satu persatu, tak muat dalam blog ni...panjang sangat perjalanan pahit manis zaman persekolahanku ni...


Tapi bila dah tua2 ni baru terfikir dan menyesal sebab tak belajar betul2...dan kesannya dapat dirasai sekarang ni...apa2 pun semua dah terlambat..


Namun rasanya tak terlambat untuk aku berterima kasih pada semua guru2 yang pernah mengajar aku selama aku bergelar seorang pelajar...sorry la sebab selalu menyusahkan korang semua..semoga cikgu2 sekalian dapat memaafkan aku...

SELAMAT HARI GURU



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Selasa, 15 Mei 2012

Korang pernah sakit kepala tak..??

Views Nak kongsi info sikit pasal sakit kepala ni...terserah pada korang nak baca ke tak..sape yang baca tu terima kasih sebab prihati pada kesihatan anda...yang tak baca tu pun terima kasih jugak aku ucapkan kerana sudi singgah  sebentar...meh tengok info kat bawah tu...



Semua orang pernah menghidap sakit kepala terutamanya sewaktu kita mempunyai masalah. Tetapi tahukah kita apakah jenis sakit kepala yang kita sedang hadapi itu?
Pada dasarnya ada 4 jenis sakit kepala, yang penekanannya bermula daripada bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit juga boleh terjadi pada setiap bahagian kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan saraf-saraf wajah.
Kenali 4 Jenis Sakit Kepala

STRESS

Sakit kepala di atas adalah berpunca daripada tekanan atau stress yang sedang kita alami. Rasa sakit kepala berlaku disebabkan ketegangan otot di di bahu, leher, kulit kepala, atau rahang.Kesakitannya seperti ada yang memerah kepala anda.

CLUSTER
Cluster HA Kenali 4 Jenis Sakit Kepala
• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
• Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.


SINUS
n1265 Kenali 4 Jenis Sakit Kepala
Kesakitan yang dirasai adalah hasil  dari tekanan dalam sinus tengkorak.  Kesakitan tertumpu dibelakang dahi  dan tulang  pipi. Ianya disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus) ataupun alergi.Tanda tanda bahawa  anda mempunyai jangkitan sinus ialah:
• Keluar cairan berwarna hijau dari hidung anda lebih dari 7 hingga 10 hari.
• Selsema atau hidung tersumbat.
• Rasa seperti sesuatu sedang menutup telinga.
• Bengkak di wajah.
• Rasa sakit di gigi

MIGRAIN
• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
• Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
• Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahan- lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.
• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.
Hati-hatilah bila anda sering mengalami sakit kepala. Gangguan kesihatan yang kita anggap remeh ini sebenarnya boleh menjadi salah satu gejala dari penyakit yang lebih serius.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Kesian Dia...!!!

Views Jam dah menunjukkan pukul 1.22 pagi, nampaknya mata belum bersedia lagi untuk tidur. Tengah layan pesbuk lagi sambil tu taip2 sikit kat blog...bukanya ada benda yang menarik pun untuk aku paparkan disini, cuma untuk menghilangkan rasa bosan. 


Pagi tadi temankan orang rumah pergi klinik kerajaan, nak mintak cek dengan doktor sebab badan dah sakit sangat...katanya tak boleh tahan. Kesian jugak aku lihat dia menahan sakit...

Aku cuba bawak anak aku sekali sebab anak akupun tengah demam dan selesma, tapi dia taknak...aku tau dia memang tak kan pergi sebab di benci bau klinik dan hospital...tak suka katanya...


Dah mintak cek semuanya dengan doktor siap ambil darah lagi tapi apa ubat yang diberi korang nak tau tak..??? biasa la, paracetamol dan ubat pening...kata doktor tu keadaan cuaca tak menentu sebab itu la badan orang rumah aku lemah dan sakit...aikk...pelik jugak aku, cuaca tak menentu apa kaitan dengan sakit orang rumah aku...???


Mungkin badan dia terlalu lemah sebab terlalu banyak berkerja kot...tak tau la aku...ye la...sakit atau sihat semua tu dah ditentukan oleh ALLAH...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Rabu, 9 Mei 2012

Betul tak aku cakap ni..??

Views Aku betul2 rimas duduk kat area ni, mana taknya kiri kanan depan belakang sume orang asing..dah macam berada kat negara dorang pulak. 


Dorang ni pulak dah di beri kebebasan berada kat negara kita ni pun ada yang buat dajal, mencuri, merompak dan yang paling dasyat merogol dan membunuh..


Alahai Malaysia...sampai bila ko nak jadik macam ni, tau la baik sangat tapi endingnya nanti ko tau la apa yang akan jadik..sekarang ni dah nampak dah kesan2nya..

Jangan hairan nanti suatu hari dorang nak tuntut hak2 dorang pulak kat sini..nanti pada masa tu semuanya dah terlambat...dorang ni yang akan memimpin negara kita ni pulak...


Bangun la weiiiii....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Dah La Sakit..Kena Marah Lagi...!!

Views Kesakitan yang tak tertahan olehku membuatkan aku terpaksa pergi gak berjumpa dengan doktor..
Seawal jam 7 pagi selepas sahaja menghantar anak pergi kesekolah aku terus pergi ke klinik di sekitar tempat tinggal aku ni..

Haaaa....eh tak...aku bukan nak citer pasal sakit yang aku hadapi ni, tapi sikap kakitangan kat klinik tu. 
Sampai saja kat klinik tu aku terus ke pintu masuk utama tapi sayang pintu masih bertutup. Kat tepi sebelah kanan ade pintu kecil sedang sesak orang beratur...haaa...rupa2nya kat situ nak ambil nombor..kedengaran bunyi suara seseorang seperti sedang bertengkar...dah agak dah ni mesti sekuriti yang bertugas kat situ..


Kalau cakap elok2 takpe la ni kasar semacam je..kite dah la sakit pastu dapat layanan macam tu pulak...Tiba giliran aku untuk ambil nombor dan ini yang aku dapat.."apa sakit..??  "nak jumpa doktor nak mintak cek."
"ya la, tau tapi apa sakit"(dengan nada yang tinggi dan kurang ajar)..


Aku macam nak lempang je abang sekuriti tu...tak tahula nape die macam tu, mungkin tensen kot. Kalau dah tak suka keje sekuriti ni baik carik keje lain..ni baru sekuriti belum staff klinik tu lagi. Malas nak citer keburukan orang lain, kalau nak tahu pi la kat klinik area Jinjang tu, korang mesti terkejut dengan layanannya...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Ahad, 6 Mei 2012

Satu ni yang aku tak suka...!!!

Views Satu yang aku tak faham dengan perangai orang yang satu ni...PENTINGKAN DIRI..
Semua orang memiliki sikap ini termasuk aku la..tapi aku tak la keterlaluan sangat , apa kata orang tu..???
haaaa...bertempat maksudnya penting diri tu perlu ada sekali sekala dan sekiranya ianya adalah untuk
kenaikan apa salahnya...

Dalam kehidupan kita mesti kita akan bertemu dengan orang yang macam ni..
Persoalannya ialah bagaimana untuk menghadapi orang yang pentingkan diri sendiri ni..???
Setiap orang pasti ada caranya kan..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

/> /> />