Jangan konpius dengan tajuk entry aku hari ni. Takde kene mengena dengan sejarah zaman batu.
Cuma nak luahkan rasa hati yang tak puas hati.
Semalam balik keje awal sikit, selalu balik lewat je so sekitar jam 5 ptg aku gerak dari tempat keje. Jam 6 petang dah sampai kat rumah..opsss...bawah flat sebenarnye (aku menyewa kat flat sebenarnye). Almaklumlah kan kalau tinggal kat flat ni kene guna lift untuk naik ke atas, nak di pendek kan cerita masa tu ramai sangat orang so aku pun tak nak tunggu lama sebab badan dah letih sangat, aku pun naik menggunakan tangga. Sepanjang perjalanan aku menaiki tangga tu tahu tak ape yang aku jumpa..???
Aku rase bukan kat flat ni je yang ade bende ni tapi seluruh flet kat Malaysia ni ade kot..
tu dia....
haaaa....ni lah die...longgokkan sampah yang menjijikkan..
Bukan setakat di tempat yang terbuka, ni kat tempat terlindung pun dorang longgokkan juga...langsung takde kesedaran sivik betol la..
Gambar kat bawah ni pulak lagi mengejutkan..pagi2 bukak lift nak pegi keje...uitsss...
Dalam lift pun sempat juga buang sampah...tak patut betul la..
Rase tak puas hati aku cuba survey kat area tangga yang lain dan ini hasilnya...
Mungkin disebabkan segelintir warga asing yang menghuni di flat ni tidak mengendahkan amaran jangan membuang sampah ditepi tangga kerana tidak tahu berbahasa melayu ataupun warga tempatan yang sengaja berbuat demikian disebabkan jarak rumah sampah yang terlalu jauh.....malas nak tuding jari kat sesape nanti ade yang tak puas hati pulak dengan blog aku ni...
Apa yang penting adalah kesedaran dari setiap penghuni flat ini, rasa bertanggungjawab dan semangat kejiranan juga perlu ada..Apa yang aku tahu kat flat ni je terdapat warga asing dari pelbagai bangsa, ade dari Myanmar, dari Indonesia dan Bangladesh dan Nepal pun ade..
Makneya kalau dah pelbagai bangsa tinggal kat flat ni memang susah lah nak terapkan nilai2 murni semua tu....
Harap entry ni tidak menyakitkan hatimane2 pihak...
Sekian...
yang penting kita xbuat.. nnti diorang sedarla tue
BalasPadam