Semoga korang dalam keadaan baik dan sihat...uitss...mcm tulis surat la pulak..
Dah takde keje lain la ni...
Pepagi di hujung minggu ni tak tau nak buat ape, nak keluar jalan pun tak boleh sebab kaki tak meng izinkan.
Pengalaman semalam yang amat memeritkan, kaki sebelah kanan tersepit antara mesin stacker dengan racking barang..
Korang tau tak rupe mesin stacker tu.???
haaaa...tengok gambar kat bawah ni...
besar kan..???
benda ni sebenarnya tak susah pun nak bawak...cuma masa aku bawak semalam aku tengah rushing, takut keje tak siap on time..tengah sedap bawak mesin ni tetiba 'pap'...eh apa yang bunyi tu...tengok kat belakang takde ape2...dalam beberapa saat selepas tu...haaaaa..ambik ko...sakit bukan main lagi..
Rupe2nya tumit aku terkeluar sikit dari kedudukan dan yang bunyi tu sebenarnye tumit kaki aku yang tersepit kat belakang...
Nasib baik ada member yang sudi menolong aku masa tu kalau tak tak tau apa nak jadik dengan aku ni...
Walau apa pun ianya menjadi pengajaran buat aku supaya lebih berhati2 dikemudian hari..
0 ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum
Sila tinggalkan Komen Anda Disini...!!!