Pages

Jumaat, 24 Februari 2012

Ape aku mengarut ni....???

Views Seperti hari2 sebelum ni, aku melakukan aktiviti rutinku di tempat kerja. Cuma bezanya ialah kalau dulu kerja dengan semangat tapi kini semangat itu seakan hilang. Entah kenapa aku sendiri pun tak tahu, mungkin disebabkan perubahan struktur kerja yang di lakukan secara perlahan2 namun perbezaan amat dirasai..





Pernah terfikir dibenak fikiranku ini, sampai bila aku menghambakan diri pada syarikat ni, padahal dulu masa aku masih remaja lagi cita-cita sebenar aku ialah untuk menjadi seorang 'bisnisman' yang berjaya..
Tapi sekarang seakan sukar untuk mencapai cita-cita itu.


Dikala aku bersendirian, terbayang difikiran bagaimana keadaan anak dan isteriku nanti dimasa hadapan..???
Adakah aku dapat membahagiakan mereka atau sebaliknya. Orang rumah dah letih sangat menolongku mencari rezeki, pernah aku menyuruhnya supaya tidak berkerja namun da berdegil..katanya gaji aku sorang tak cukup untuk menampung kami sekeluarga ditambahkan lagi kos sara diri sekarang ni kian meningkat. Anak ada yang dah bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.





Sudah sekian lama aku berada ditempat orang, mengejar apa yang dikejar namun semua sia-sia. Mungkin sudah sampai masanya aku berhenti dari terus mengejar dan balik semula ke tempat asalku..tak mungkin, tak kan la aku balik dengan tangan yang kosong. Mana mungkin aku balik tanpa sebarang kejayaan...


Letih...terlalu letih sangat...sampai bila harus begini...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

0 ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Sila tinggalkan Komen Anda Disini...!!!

/> /> />