Pages

Selasa, 25 Februari 2014

Br1M oh BR1M!!

Views Assalamualaikum,

Setelah beberapa hari BR1M mula diagihkan baru tergerak hati untuk ke bank untuk mengeluarkan bantuan kerajaan yang diberikan untuk rakyat. Tahun ni senang sikit sebab tak payah lagi beratur untuk menerima voucer bantuan tersebut.


Sewaktu mengemaskini data peribadi dalam borang bantuan BR1M tu saya telah memasukkan nombor akaun Bank Rakyat yang telah lama saya tinggalkan, sebenarnya akaun dibuka adalah untuk pinjaman peribadi saya.

Tapi malang sekali apabila pihak bank telah memaklumkan bahawa akaun tersebut telah tutup kerana telah sekian lama tidak ada transaksi dilakukan. Sejak kejadian duit hilang di bank tersebut saya telah memindahkan semua duit yang ada kat dalam bank tersebut ke bank lain.

Pagi tadi saya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memeriksa status bantuan saya itu sebab takut mereka telah memasukkan duit bantuan tersebut ke dalam akaun bank yang tidak aktif. Keadaan dalam pejabat LHDN sangat sesak dikerumuni orang ramai yang ingin bertanyakan status bantuan mereka memandangkan duit bantuan masih belum dimasukkan dalam akaun bank
.

Setelah sekian lama beratur tiba giliran saya dan saya memaklumkan masalah yang dihadapi oleh saya, syukur alhamdulillah bantuan saya tealah diluluskan tapi memandangkan saya telah memberi nombor akaun
yang tidak aktif, saya terpaksa menunggu beberapa hari lagi untuk menerima bantuan itu melalui voucer.

Mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan voucer, jadi kena tunggu surat datang ke peti surat la ceritanya.....



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Isnin, 17 Februari 2014

Santai-santai...

Views Salam,

Sekian lama menghilang bukan kerana tidak ingin berblogging lagi tapi kerana keaadaam masa yang tidak mengizinkan untuk berblogging.

Semuanya kerana mempunyai blog yang banyak sehinggakan blog ni ditinggalkan sekian lama. Tapi takpe sebab sekali sekala saya akan cuba untuk mengisi blog ini agar ianya tak 'berhantu'..hehehhe..

Sejak ada Maxis Home Fiber ni, saya begitu gigih untuk melayar laman sesawang dan juga youtube. Bukan ape sebab dulu cume guna broadband dan tau2 je lah kelajuannye macam mane...

Lagipun sekarang ni cuba untuk belajar cara-cara bisnis online ni, nak tambah pendapatan sampingan. Sekarang ni harga barang dah semakin naik tapi gaji ni yang tak naik-naik lagi...hehehehhe

Sambil-sambil tu saya juga layan youtube, cari-cari maklumat dan juga belajar perkara baru sebab youtube ni bukan sekadar memaparkan video lagu tetapi juga tutorial-tuturial yang bermacam-macam.

Haaa...sekarang ni saya nak share pula pasal awek youtube yang cun melecun ni, bukannye ape tapi tertarik dengan skil-skil gorengan gitarnye tu...pada mulanye ingatkan awek mat saleh tapi rupa2nye awek Malaysia beb....

Nah...antara videonye....layan






Sebenarnye ade banyak lagi koleksi video die ni...kalau nak tengok, rajin-rajinlah berkunjung ke youtube channel die..


Ok la, sampai sini je...nanti kite jumpe lagi k....




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Isnin, 6 Januari 2014

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...

Views Assalamuallaikum...

Dah lama sangat tinggalkan blog ni kan, hampir terlupa yang blog ni wujud.
Apa-apapun hari ni admin nak karanglah ayat-ayat sepatah dua kata dalam blog ni.

Tengok entri macam lagu Tegar pulak kan, sebenarnya takde kene mengena pun lagu tu ngan entri admin
hari ni. Cuma admin merasakan kehidupan admin dh semakin berubah sejak beberapa tahun ni.
Nak cakap berubah menjadi kaya tu tak lah sebab admin sekarang pun masih dalam pergelutan
untuk menaikkan taraf hidup admin.

Apa yang admin maksudkan ialah perubahan dari segi kematangan fikiran. Tahun 2013 merupakan tahun yang amat mencabar admin, ye lah pelbagai dugaan admin tempuh. Tapi alhamdulillah admin dapat menanganinya. Walaupun tak semua dapat diselesaikan tapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban admin ni.

Tahun ni admin berharap sangat segalanya akan berubah, saban hari menanggung perit sampaikan kesihatan terabai. 

Ok lah sampai sini je lah karangan admin har ini, admin tak ade topik sebenarnya. Insyaallah admin akan terus mengupdate blog ni kalau diizinkan Allah...

Terima Kasih...




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Selasa, 7 Mei 2013

Lalu sekejap...hahahaha

Views Fuhhh...dah cukup lama aku tinggalkan blog ni, spider web tu dh penuh kat dalam sini. Rindu juga blog ni sunyi je kan..tapi yang peliknya jumlah kunjungan semakin meningkat dari hari kehari..

Rupenye ada juga orang berblogwalking kat blog buruk aku ni kan..ape-ape pun saya ucapkan terima kasih kerana berkunjung.

Pilihan raya dah berlalu namun topik panas masih terpampang di dada akhbar...semua mengenai pilhan raya nikan..korang undi ape?? oopppsss...undi itu rahsia...hahahaha

Janganlah disebabkan fahaman politik kita bermusuhan sesama islam...Allah benci, Nabi pun tak suke..
Arrgghhh...lupekan la pasal politik tu, sekarang ni aku nak citer sikit pasal ketidakpuasan yang lahir dari hati dan perasaan ku ini...aiseymen..hahaha

Bukan ape, ni pasal kat tempat keje la..bila bos lame dah ditukar oleh bos baru segala2nye berubah...serius ni..malas la nak fikirkan. Asyik fikir je gerenti kondem otak ni kan??

Lagi satu ni kalau setakat bos je yang berubah takpe la..ni suasana kat dalam tempat keje pun berubah...sini pindah sana...sana pindah sini...pening...pening..

Mungkin sebab dah terbiasa dengan bos lama kot tu yang tak boleh terima bos baru tu...beza sangat...bos ni kurang sikit kemesraan dengan pekerjanye....boleh dikatakan dalam seminggu tu saya hanya melihat die dalam beberapa kali je...kalau suare tu dengar la tapi lokasi die tak tau kat mane..

Kadang kala terasa macam kite ni tak ade fungsipun kat dalam store tu sebab kurang perhatian, konon katenye taknak kacau keje kite orang....ye ke??

Ape2 pun saya harap segalanye akan berubah kelak...kamon...kite keje satu bumbung bro...

Ok la jari dah leti nak menaip ni...almaklumlah dh tue kan...hahahahahaha

Assalamualaikum...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Sabtu, 26 Januari 2013

2013 Spectacular Herbalife...meriahnye..

Views
Baru je balik dari menghadiri satu event yang besar iaitu 2013 Spectacular yang dianjurkan oleh sebuah syarikat besar tak lain dan tak bukan HERBALIFE. First time ikut event yang super grand macam ni, teruja pun ada gak. 





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Ahad, 6 Januari 2013

Warkah Buat Isteri Tersayang....

Views Buat Isteriku,

Ayang, sudah 14 tahun lamanya kita bersatu, satu masa yang panjang namum dalam sekelip mata ianya berakhir.

Ayang...terlebih dahulu aku memohon maaf sekiranya selama perkahwinan kita ini ayang merasa sengsara dan terseksa, ya lah..dengan kehidupan kita yang serba kekurangan ini sudah tentu segala hajat dan kemahuan ayang tidak tercapai...aku mintak maaf ayang..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Isnin, 1 Oktober 2012

Baran..suhh..pegi jauh-jauh..

Views Entah la, sejak akhir-akhir ni tempature selalu je naik. Kekadang tak terkawal sehinggakan sering bertekak dengan orang rumah dan kadang dengan member kat tempat kerja.

Mungkin kerana keadaan kesihatan yang sering terganggu atau mungkin sebab faktor tekanan kat tempat kerja. Sering kali terlepas juga ayat-ayat yang pedas pada member dan orang rumah, padahal dahulunya aku seorang yang cool je, tahu mengawal kemarahan.



Selalunya selepas bertekak aku aku akn menyesal dengan perbuatan yang agak kurang ajar juga aku lakukan kerana selalu je memaki hamun bila baran dah mengawal minda.
Sedang belajar mengawal panas baran ni..agak-agaknya berapa lama ek..??

Mesti ada sesuatu penyebabnya kenapa aku cepat sangat melenting sehinggakan ada di kalangan member kat tempat kerja dah mula membenci aku..apa yang telah aku lakukan, dimana silap ku selama ni...





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

/> /> />