Pages

Ahad, 26 Februari 2012

Perkahwinan Anna Raffali Dan Naim..

Views

Wow..!!! Anna Raffali dah kawen dah, bagi peminat2 Anna pasti gembira mendengar berita ni kan..??
Ye ker..??

Ok la...kat bawah ni cerita pasal perkahwinan Anna dan Naim aku petik kat satu blog tu...hehehehe kepada pemilik blog tu jangan marah ye...




Dia hanya bertunang dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim selama 30 minit, kemudian tepat jam 11.55 pagi penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali sah bergelar isteri dengan sekali lafaz, semalam.

Menamatkan zaman dara pada usia 26 tahun dengan Naim, 30, Ana dinikahkan bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor dalam majlis sederhana di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.

Pasangan yang memakai persalinan berwarna kelabu itu turut bersyukur apabila hubungan terjalin selama tujuh tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.


“Saya bersyukur apabila hubungan kami berakhir dengan ikatan sah pada hari ini (semalam).

“Majlis ini diadakan secara sederhana tanpa bersanding kerana kami berpendapat perlu mengutamakan perkara wajib dan dituntut agama.

“Kesempatan itu memberi kami berpeluang menemui semua tetamu membabitkan ahli keluarga, sanak saudara dan teman yang sudi meraikan hari bahagia kami,” katanya selepas diijabkabulkan.

Mengulas mengenai cahaya mata, Ana berkata, kedua-dua belah keluarga memiliki keluarga besar tetapi dia enggan menetapkan jumlah anak, sebaliknya berserah kepada rezeki Allah.

Sementara itu, Naim yang bakal menguruskan kerjaya seni isterinya menyifatkan Ana sebagai insan paling istimewa di hatinya.

“Apabila wujud perasaan cinta dan sayang terhadap pasangan, semestinya pandangan mata saya semua adalah terbaik jika ia berkaitan Ana.

“Mengenai pengurusan kerjaya Ana, saya yakin kami boleh bersikap profesional untuk membezakan hal peribadi mahupun karier Ana,” kata Naim.

Ana menerima tujuh dulang hantaran, termasuk mas kahwin dalam bentuk cek bernilai RM11,412, sepasang telekung, seutas gelang emas putih, minyak wangi, sirih junjung, coklat dan manisan.

Sembilan dulang buat Naim pula ialah sebentuk cincin, iPad, kamera, jam tangan dan minyak wangi, dompet, kek, buahan, bunga rampai dan sirih junjung.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Jumaat, 24 Februari 2012

Ape aku mengarut ni....???

Views Seperti hari2 sebelum ni, aku melakukan aktiviti rutinku di tempat kerja. Cuma bezanya ialah kalau dulu kerja dengan semangat tapi kini semangat itu seakan hilang. Entah kenapa aku sendiri pun tak tahu, mungkin disebabkan perubahan struktur kerja yang di lakukan secara perlahan2 namun perbezaan amat dirasai..





Pernah terfikir dibenak fikiranku ini, sampai bila aku menghambakan diri pada syarikat ni, padahal dulu masa aku masih remaja lagi cita-cita sebenar aku ialah untuk menjadi seorang 'bisnisman' yang berjaya..
Tapi sekarang seakan sukar untuk mencapai cita-cita itu.


Dikala aku bersendirian, terbayang difikiran bagaimana keadaan anak dan isteriku nanti dimasa hadapan..???
Adakah aku dapat membahagiakan mereka atau sebaliknya. Orang rumah dah letih sangat menolongku mencari rezeki, pernah aku menyuruhnya supaya tidak berkerja namun da berdegil..katanya gaji aku sorang tak cukup untuk menampung kami sekeluarga ditambahkan lagi kos sara diri sekarang ni kian meningkat. Anak ada yang dah bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.





Sudah sekian lama aku berada ditempat orang, mengejar apa yang dikejar namun semua sia-sia. Mungkin sudah sampai masanya aku berhenti dari terus mengejar dan balik semula ke tempat asalku..tak mungkin, tak kan la aku balik dengan tangan yang kosong. Mana mungkin aku balik tanpa sebarang kejayaan...


Letih...terlalu letih sangat...sampai bila harus begini...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Rabu, 22 Februari 2012

Hidup Di Zaman Batu....

Views As Salam...


Jangan konpius dengan tajuk entry aku hari ni. Takde kene mengena dengan sejarah zaman batu.
Cuma nak luahkan rasa hati yang tak puas hati.


Semalam balik keje awal sikit, selalu balik lewat je so sekitar jam 5 ptg aku gerak dari tempat keje. Jam 6 petang dah sampai kat rumah..opsss...bawah flat sebenarnye (aku menyewa kat flat sebenarnye). Almaklumlah kan kalau tinggal kat flat ni kene guna lift untuk naik ke atas, nak di pendek kan cerita masa tu ramai sangat orang so aku pun tak nak tunggu lama sebab badan dah letih sangat, aku pun naik menggunakan tangga. Sepanjang perjalanan aku menaiki tangga tu tahu tak ape yang aku jumpa..???


Aku rase bukan kat flat ni je yang ade bende ni tapi seluruh flet kat Malaysia ni ade kot..


tu dia....


haaaa....ni lah die...longgokkan sampah yang menjijikkan..


Bukan setakat di tempat yang terbuka, ni kat tempat terlindung pun dorang longgokkan juga...langsung takde kesedaran sivik betol la..

Gambar kat bawah ni pulak lagi mengejutkan..pagi2 bukak lift nak pegi keje...uitsss...


Dalam lift pun sempat juga buang sampah...tak patut betul la..

Rase tak puas hati aku cuba survey kat area tangga yang lain dan ini hasilnya...




Mungkin disebabkan segelintir warga asing yang menghuni di flat ni tidak mengendahkan amaran jangan membuang sampah ditepi tangga kerana tidak tahu berbahasa melayu ataupun warga tempatan yang sengaja berbuat demikian disebabkan jarak rumah sampah yang terlalu jauh.....malas nak tuding jari kat sesape nanti ade yang tak puas hati pulak dengan blog aku ni...

Apa yang penting adalah kesedaran dari setiap penghuni flat ini, rasa bertanggungjawab dan semangat kejiranan juga perlu ada..Apa yang aku tahu kat flat ni je terdapat warga asing dari pelbagai bangsa, ade dari Myanmar, dari Indonesia dan Bangladesh dan Nepal pun ade..

Makneya kalau dah pelbagai bangsa tinggal kat flat ni memang susah lah nak terapkan nilai2 murni semua tu....

Harap entry ni tidak menyakitkan hatimane2 pihak...

Sekian...






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Selasa, 14 Februari 2012

Edit Oh Edit...!!!

Views As Salam,


Lame benar tak update blog aku yang satu ni, kesian die macam anak tiri pilak. So untuk tidak mengecewakan blog aku ni (kalau die ni orang tentu dah nangis), hari ni aku updat satu entri. 


Haaaa....entri ni mengenai edit, edit ape..??? ofkos la gambar habis tu ape lagi..Pada permulaannya hasil yang aku buat tidak la begitu memuaskan maklumla baru je lagi pun  aku mane ade pengetahuan asas nak edit2 ni.


Setelah bertungkus lumus maka ini la hasilnye..:

Ini letak gambar dalam ayat....

Yang ni letak ayat pada gambar...payah gak buat ni..
gambar ni aku buat macam gambar lama....

Bentuk Abstract, Kalau tengok betol2 ade name kat dalam tu..

kalau di gambar ni tak sesuai nak edit camni sebab muke tak jelas sangat...tpi lawak gak..



Ok la yang kat bawah ni saya menggunakan model seorang lelaki and pompuan, harap mereka tak marah sebab aku tak mintak izin dari mereka...tapi result memang sungguh lawa...



Sape yang tak kenal dengan cik Lyssa ni....

Yang ni member aku kat tempat keje, kalau die nampak ni mesti die bengang kan...

Nampaknye setakat ni je ilmu yang aku dapat, kalau korang nak tahu gambar2 yang aku edit sume tu adalah menggunakan Gimp, malas aku nak guna Photoshop, payah sangat...

Ok la, aku nak berambus dah ni...nak update blog yang lain pulak...

Bye2...heheheheehe




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Sabtu, 28 Januari 2012

Kesian blog aku ni....

Views Singgah kejap kat blog ni...dah lame betol aku tak update..Lame sangat terbiar lain pulak rasenye...
Macam ni la kalau dah terlalu sibuk dengan keje, sampai nak meluangkan mase untuk keluarga pun terbatas..


Semenjak dua menjak ni terlalu banyak perkara yang terjadi, tak kisah la kat tempat keje ke atau kat rumah..
Sampaikan Hari jadi sendiri pun tak ingat...nasib baik anak2 and bini ingat kan aku, balik je dari keje dorang bagi supprise, walau pun tak kejutan itu tak seberape tapi aku hargai...sayang gak dorang kat aku ek..


Sedar x sedar  umur dah semakin meningkat, terasa macam masih remaja lagi...jiwa je la.
Ape2 pon semoga Allah panjangkan usia ku ini, amin..




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Ahad, 22 Januari 2012

Memori Zaman Persekolahan Ku...!!!

Views As Salam...

Seakan tak percaya sudah belasan tahun aku meninggalkan zaman persekolalanku sekaligus meninggalkan zaman remajaku..terasa rindu pulak rase seperti ingin kemabali ke zaman itu.

Tengah mencari member baru kat dalam FB tetiba terjumpa pulak akaun FB member sekolah dulu..tengok kat friend list die terjumpe la pulak akaun FB member2 yang lain.....

Belek satu persatu FB dorang terjumpa la pulak gambar ni...penuh dengan memori...


Zaman persekolahan memang banyak peristiwa yang sukar dilupakan, malahan ade yang masih diingati sampai sekarang..
Bila tengok gambar2 mereka, banyak perubahan pada diri mereka (maklum la dah tua) ade yang dh gemuk dan ade yang dah kurus, ade yang dah kawen and dah ade anak macam aku la...hehehehehehe


Tapi yang paling best pulak aku terjumpe gambar mase aku masih sekolah rendah lagi kalau tak silap aku mase tu aku darjah 5 kot...


Gambar retro ni aku rase diambil sekitar awal tahun 90-an, kalau nak tahu mane satu gambar aku, tu ha...no 4 dari kiri yang bagi 'peace' tu...

Aku sebenarnye kerap bertukar2 sekolah sebab ayah keje gomen sering perpindah tempat keje, so bila tukar tempat keje  terpakse la kami pun tukar jugak la tempat sekolah...leceh memang leceh sebab nak kene sesuaikan diri dengan suasana baru tapi yang bestnye dapat kenal ramai kawan2 baru...

Terasa seperti cepat betul masa berlalu, tak terasa masa beredar...kalau la boleh kembali ke zaman remaja dulu alangkah bestnye sebab mase tu tak perlu nak fikirkan masalah macam sekarang ni...bebas je....cume nak happy je ngan member2 hahahahahahahaha...



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Sabtu, 21 Januari 2012

As Salam,,

Views As salam...
Lama betul dh tak update blog ni, ye la...keje banyak sangat sehinggakan tak berkesempatan untuk tengok blog ni...


Takde ape yang menarik untuk hari ni, cume ade berita yang tak sedap didengar iaitu industri muzik tanahair telah kehilangan lagi seorang penghibur berbakat, tau kan sape die...Izwan Pilus abang kepada Aril AF.


Beliau dikatakan mengalami jangkitan paru2 sehinggakan menyebabkan kematian beliau...bahaya jugak jangkitan paru2 ni kan...


Marilah kita same2 sedekahkan Al-fatihah kepada beliau....amin....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

/> /> />