Ahad, 23 November 2014
Mungkin ini takdirku...
Khamis, 20 November 2014
Rialitinya bukan seperti yang kita sangkakan..
Perit....tapi itu l h kenyataan yang terjadi keatas diriku. Walaupun susah untuk aku terima tapi itu lah rialiti yang terpaksa aku terima walau pahit sekali pun.
Tanggal 18 hb november 2014, merupakan detik pahit dalam hidupku apabila mengetahui kebenaran dalam semua soalanku.
Rupanya tak sia-sia aku memasang recorder tu dan pada malam itu terjawab semuanya...tapi kenapa..kenapa dia tidak mengakuinya?? Tidak adakah sedikit rasa bersalah pada dirinya??
Dan pada saat itu hatiku hancur bagai kaca berderai jaduh dilantai..
Memang betul kata orang..bila kita kehilangannya baru terasa kekesalan kerana mengabaikannya...ya, aku mengaku memang selama ini aku selalu mengabaikannya, tidak mengendahkan hati dan perasaannya...tidak memenuhi segala kemahuannya..tapi apakan daya..aku berkerja makan gaji sahaja, mana mungkin aku dapat tunaikan kemahuannya...dan disebabkan itu jugalah dia berubah hati...
Ayang...kalau suatu hari kau membaca coretanku ini, maafkan lah aku kerana selama perjahwinan kita selama 17 tahun ini ayang betul- betul terseksa dan maafkan lah aku kerana menjadi seorang suami yang tidak memahami hati dan perasaanmu..aku selalu memperkecilkanmu...selalu mebgabaikan mu...tapi kau perlu ingat aku tak pernah menduakan ayang...dari mula sampai sekarang aku masih berpegang pada janji yang telah aku buat 17 tahun dulu..
Ayang kalau ini lah takdir antara kita berdua, aku dah tak boleh buat apa lagi..aku pasrah dengan ketentuanNya..tapi ingat ayang..tiada wanita lain selain ayang yang amat aku sayangi dan tak akan mungkin dapat menggantikaan ayang...
Ayang...janganlah ayang berfikir aku meminta simpati dengan coretan ini..tidak ayang..aku cuma ingin ayang tahu bahawa aku amat-amat menyintai ayang dan bukan simpati seperti apa yang ayang katakan dulu...
Bila suatu hari jodoh kita sudah tiada lagi, aku harap kau berbahagia dengan pilihanmu....tak perlu lah ayang ingat saat-saat kita bersama dahulu kerana tidak ada kenangan yang manis untuk di ingati....
Aku sentiasa mendoakan kau ayang....
Selasa, 25 Februari 2014
Br1M oh BR1M!!
Setelah beberapa hari BR1M mula diagihkan baru tergerak hati untuk ke bank untuk mengeluarkan bantuan kerajaan yang diberikan untuk rakyat. Tahun ni senang sikit sebab tak payah lagi beratur untuk menerima voucer bantuan tersebut.
Tapi malang sekali apabila pihak bank telah memaklumkan bahawa akaun tersebut telah tutup kerana telah sekian lama tidak ada transaksi dilakukan. Sejak kejadian duit hilang di bank tersebut saya telah memindahkan semua duit yang ada kat dalam bank tersebut ke bank lain.
Pagi tadi saya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memeriksa status bantuan saya itu sebab takut mereka telah memasukkan duit bantuan tersebut ke dalam akaun bank yang tidak aktif. Keadaan dalam pejabat LHDN sangat sesak dikerumuni orang ramai yang ingin bertanyakan status bantuan mereka memandangkan duit bantuan masih belum dimasukkan dalam akaun bank
.
yang tidak aktif, saya terpaksa menunggu beberapa hari lagi untuk menerima bantuan itu melalui voucer.
Mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan voucer, jadi kena tunggu surat datang ke peti surat la ceritanya.....
Isnin, 17 Februari 2014
Santai-santai...
Sekian lama menghilang bukan kerana tidak ingin berblogging lagi tapi kerana keaadaam masa yang tidak mengizinkan untuk berblogging.
Semuanya kerana mempunyai blog yang banyak sehinggakan blog ni ditinggalkan sekian lama. Tapi takpe sebab sekali sekala saya akan cuba untuk mengisi blog ini agar ianya tak 'berhantu'..hehehhe..
Sejak ada Maxis Home Fiber ni, saya begitu gigih untuk melayar laman sesawang dan juga youtube. Bukan ape sebab dulu cume guna broadband dan tau2 je lah kelajuannye macam mane...
Lagipun sekarang ni cuba untuk belajar cara-cara bisnis online ni, nak tambah pendapatan sampingan. Sekarang ni harga barang dah semakin naik tapi gaji ni yang tak naik-naik lagi...hehehehhe
Sambil-sambil tu saya juga layan youtube, cari-cari maklumat dan juga belajar perkara baru sebab youtube ni bukan sekadar memaparkan video lagu tetapi juga tutorial-tuturial yang bermacam-macam.
Haaa...sekarang ni saya nak share pula pasal awek youtube yang cun melecun ni, bukannye ape tapi tertarik dengan skil-skil gorengan gitarnye tu...pada mulanye ingatkan awek mat saleh tapi rupa2nye awek Malaysia beb....
Nah...antara videonye....layan