Pages

Ahad, 23 November 2014

Mungkin ini takdirku...

Views Terkenang kembali saat-saat permulaan perkenalan kami, kami begitu bahagia sekali. Tak kira  apa halangan
dan dugaan kami tempuh bersama. 17 tahun lamanya kami bersama tidak sama sekali aku menduga
perkara ini boleh terjadi keatas kami. Entah dimana silapnya aku sampai sanggup dia perlakukan aku sebegini? Tidak kah dia pernah memikirkan perjalanan hidup selama 17 tahun bersamanya bermacam-macam kenangan yang telah kami lalui.

Aku mengaku aku bukan lah suami yang terbaik dan buakan lah sempurna sangat dan di sebabkan itu lah mungkin dia berubah hati. Tapi kenapa setelah 17 tahun lamanya?? Setelah kejadian pertama berlaku dia berjanji dan bersumpah padaku tak akan mengulanginya tapi kejadian kedua ini betul-betul mengecewakan aku..kenapa?? kenapa kau berubah ayang...

Mungkinkah disebabkan keinginan dan kehendakmu tidak pernah aku penuhi...? Aku mengaku memang aku sentiasa abaikan dia sehinggakan hari ulang tahun kelahirannya dan ulang tahun perkahwinan kami kami tidak pernah aku berikan hadiah walau sekalipun, dan aku menyesalinya...maafkan aku ayang..
Aku terlalu mementingkan diri dan tidak mengendahkan hati dan perasaanmu...aku tahu kau kecewa sangat denganku. 

Memang aku pentingkan diri tapi tidak bermakna aku tidak menyayanginya..dia lah isteri dunia akhirat ku dan tak mungkin ada penggantinya. Pengorbanan yang telah dia berikan padaku selama 17 tahun ini tidak mungkin dapat aku balas...

Adakah tuhan sengaja menguji aku dengan dugaan ini...jika benar ya Allah aku memohon padumu berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini ya Allah..DugaaanMu ini terlalu berat buatku ya Allah...Kau tunjukkan lah aku jalan agar aku dapat mencari jalan keluar dari dugaan ini ya Allah...kalau betul lah sampai disini jodoh kami ak pasrah tapi kalau kejadian ini sekadar ujian untuk menguji kasih sayangku pada isteriku maka kau kuatkanlah lagi rasa kasihku ini pada isteriku...sesungguhnya aku teramat sayangkan isteriku ya Allah...



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

Khamis, 20 November 2014

Rialitinya bukan seperti yang kita sangkakan..

Views

Perit....tapi itu l h kenyataan yang terjadi keatas diriku. Walaupun susah untuk aku terima tapi itu lah rialiti yang terpaksa aku terima walau pahit sekali pun.

Tanggal 18 hb november 2014, merupakan detik pahit dalam hidupku apabila mengetahui kebenaran dalam semua soalanku.

Rupanya tak sia-sia aku memasang recorder tu dan pada malam itu terjawab semuanya...tapi kenapa..kenapa dia tidak mengakuinya?? Tidak adakah sedikit rasa bersalah pada dirinya??

Dan pada saat itu hatiku hancur bagai kaca berderai jaduh dilantai..

Memang betul kata orang..bila kita kehilangannya baru terasa kekesalan kerana mengabaikannya...ya, aku mengaku memang selama ini aku selalu mengabaikannya, tidak mengendahkan hati dan perasaannya...tidak memenuhi segala kemahuannya..tapi apakan daya..aku berkerja makan gaji sahaja, mana mungkin aku dapat tunaikan kemahuannya...dan disebabkan itu jugalah dia berubah hati...

Ayang...kalau suatu hari kau membaca coretanku ini, maafkan lah aku kerana selama perjahwinan kita selama 17 tahun ini ayang betul- betul terseksa dan maafkan lah aku kerana menjadi seorang suami yang tidak memahami hati dan perasaanmu..aku selalu memperkecilkanmu...selalu mebgabaikan mu...tapi kau perlu ingat aku tak pernah menduakan ayang...dari mula sampai sekarang aku masih berpegang pada janji yang telah aku buat 17 tahun dulu..

Ayang kalau ini lah takdir antara kita berdua, aku dah tak boleh buat apa lagi..aku pasrah dengan ketentuanNya..tapi ingat ayang..tiada wanita lain selain ayang yang amat aku sayangi dan tak akan mungkin dapat menggantikaan ayang...

Ayang...janganlah ayang berfikir aku meminta simpati dengan coretan ini..tidak ayang..aku cuma ingin ayang tahu bahawa aku amat-amat menyintai ayang dan bukan simpati seperti apa yang ayang katakan dulu...

Bila suatu hari jodoh kita sudah tiada lagi, aku harap kau berbahagia dengan pilihanmu....tak perlu lah ayang ingat saat-saat kita bersama dahulu kerana tidak ada kenangan yang manis untuk di ingati....

Aku sentiasa mendoakan kau ayang....


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Jangan Lupa Follow

/> /> />